MAKANAN TRADISIONAL KEBANGGAAN KITA
MAKANAN TRADISIONAL KEBANGGAAN KITA
OLEH: NUR EDLEEN QYRINA ☻
PENGENALAN * ੈ✩‧₊˚
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang istimewa kerana dihuni oleh masyarakat yang berbilang kaum. Etnik Melayu, Cina dan India merupakan etnik utama di Malaysia. Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi. Oleh yang demikian, pelbagai budaya yang berbeza dari setiap etnik akan saling mempengaruhi dan seterusnya menghasilkan gabungan variasi budaya Malaysia yang unik.Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat dengan cita rasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia umumnya amat diyakini khasiat, aneka makanan tradisional seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Makanan tradisional juga mengandungi bahan-bahan yang bervitamin, murah dan berbaloi, sesuai dengan selera masyarakat sehingga diyakini mempunyai potensi yang baik sebagai makanan. 🍔🍕🍱🍲
ANTARA MAKANAN TRADISIONAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA IALAH..... 🍳🍮
1) KETUPAT DAN LEMANG
Ketupat dan lemang merupakan makanan tradisional yang sangat tular dan terkenal pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Ketupat merupakan menu utama apabila tiba musim perayaan. Ketupat terbahagi kepada dua jenis iaitu ketupat palas dan ketupat nasi yang diperbuat daripada daun kelapa. Lemang ialah makanan daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan disalut dengan daun pisang. Membakar lemang memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa berjam-jam
2) NASI DAGANG
Nasi dagang merupakan sejenis makanan tradisional berasaskan nasi yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Hidangan ini popular di Terengganu, Kelantan dan Kawasan Selatan Thailand. Nasi dagang di makan untuk sarapan pagi, kini nasi dagang ada dijual di pasar tani dan pasar malam pada waktu petang dan malam. Hidangan nasi dagang menggunakan asas Nasi, Lauk (Ikan atau Ayam) serta acar timun.
3) OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan ringan yang kini semakin popular di Malaysia dan dihidangkan dibanyak restoran dan pusat penjaja. Otak-otak adalah makanan berasaskan isi ikan berempah yang diletakkan dalam daun kelapa dan dipanggang. Otak-otak taradisional adalah isi ikan dan ramuan khusus yang dibalut dengan daun kelapa dan dibakar dengan arang. Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan. Otak-otak dihasilkan dari isi ikan kebiasannya ikan tenggiri atau lain-lain yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.
Comments
Post a Comment